|
|
| Monday, 28-Apr-2008 08:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BILA KERING IDEA
|
 |
|
bulu kening tebal
|
|
 |
|
aksi model
|
|
 |
|
tunjuk gigi
|
|
 |
|
berangan nak masuk iklan colgate kot
|
|
 |
|
ngan spek mama pulak
|
|
 |
|
biasalah ngan babah kesayangan dia..bukan, KAMI
|
|
 |
|
aksi anak dara ..setelah di make upkan
|
|
 |
|
ni aksi tak sabar nak kuar jalan
|
|
 |
|
ni gaya model manja
|
| | View all 16 photos... |
|
Bila tengah2 pening nak carik idea buat stori, terus bukak balik gambar2 lama (taklah lama sgtpun) Yaya dan Aina, release sikit kepala otak ni terutama tengok aksi2 Yaya yang selalu menjadi penghibur kami sekeluarga. .
Lama dah tak cite perkembangan Aina dan Yaya, asyik2 gambar mama dan babah je, tupun sebenarnya banyak lg gambar kami gi Cambodia tu hari yang tak up load, kang bosan pulak org tengokkan??? . Bila tunjukkan diorg gambar kami gi naik train tu hari tu, Aina mesti cakap.... ooooooo mama babah naik train ye...., tinggal kakak. Sian pulak dengarnya, jd maknanya kenalah kami bawak mereka naik train pulak lepas ni.. .
Aina sekolah seperti biasa. Bangun pagi kul 7.15. Kalau dia bangun, Yaya mesti bangkit jugak dan terus ke pintu bilik kami menjerit2 minta bukak pintu .
Selalunya (tengok mood jugak) Aina akan mandi sendiri sebab dia dah boleh berdikari, pandai gosok gigi, bubuh sabun dan syampoo kat rambut, boleh dipercaya juga tahap kebersihannya ketika mandi.
Cuma bila mood tak elok, akan mintak babahnya mandikan, tp yg syiokkkknya tak pernah mintak mama mandikan. Agaknya takut kot..., mamakan garang .
Lepas mandi maid kami Acik Nor akan sikat rambut dan tocangkan, pas tu akan minum susu dan makan vitamin sebelum dihantar ke sekolah oleh babahnya kul 8.20 pagi sbb sekolah start kul 8.30 pagi.
Aina, walaupun kakak, tetapi selalu jadi mangsa buli Yaya yang teramatlah brutalnya. Rumah kami paling terkenal dengan suara anak menangis.... (pas ni dengar suara mamanya pulak menangis..tention ngan perangai anak ). Kadang2 tu malu sungguh ngan jiran2, tapi kami cuba buat muka seposen je.
Yaya punya perangai pulak, suka rampas barang kakak, sume barang kakak dia nak, even air kosongpun nak jugak.... punyalah teruk tahap dengki dia. Bila tak dapat mulalah menangis. Yang bagusnya bila ambik barang kakak, dia tak ambik lamapun, dapat pegang kejab jadilah...sbb dia mmg suka sakat kakak dia dan bila berjaya membuat kakaknya menangis.....itulah kepuasannya, nakalkan???.
Sekarang ni Yaya waktu siang dah tak pakai pampers lg, dia dah pandai cakap nak kencing dan berak dalam toilet... cuma kekadang bila tak tahan sesangat, terkucillah jugak. Tang tak pakai pampers ni mmg menjadi kebanggaan babahnya sebab kurang sikit kuar duit beli pamperskan...
Sekarang ni, Yaya pandailah pulak membahaskan dirinya sebagai "Kakak' , bila kami cakap dia Baby, terus dia cakap, "Tak..., yaya Kakak" sume ni kes dengkilah ni, panggil namapun nak sama jugak macam kakak dia . Last-last kami cakap ;"oklah Yaya kakak, tp yaya Kakak kecik....".
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 20-Apr-2008 14:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PERGI MENCARI KEREDHAAN
|
 |
|
Kami singgah kat Masjid Putrajaya
|
|
 |
|
Yaya berkepit ngan Barney
|
|
 |
|
ngan sepupu dia Abg Dinnie
|
|
 |
|
aksi mengada
|
|
 |
|
Nabihah yg tak nak kat orang
|
|
 |
|
kami sekeluarga
|
| | View all 27 photos... |
|
|
Salam...., adus..adus banyaknya gambar tak upload lagi. Penyakit M makin menjadi-jadi sekarang ni. Kalau kat opis tu jgn haraplah ada masa dan ruang nak upload, kat rumah pulak, bila dah balik letih teruslah tido..jd banyaklah gambar tertunggak. Ini salah satu gambar tertunggak...., masa kami hantar Mak dan dua orang anak buah ke KLIA untuk menunaikan Umrah. Rasanya kami gi hantar mereka pada 10 April dan Insyaallah lusa akan kembali ke tanah air. alhamdulillah rasanya ni kali ke 3 mak tunai umrah setelah mengerjakan haji beberapa tahun lalu. Kali ni dia gi dgn ditemani dua anak buah. Ketika sihat dan ada rezeki lebih eloklahkan kerap gi ke sana. Sayu hati kami ni sebab sampai sekarag belum ada rezeki nak jejak kaki sebagai tetamu Allah. Harap tahun depan Tuhan kurniakan kami rezeki yang lebih untuk kami jejakkan kaki pulak ke sana... Insyaallah.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 5-Apr-2008 04:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Angkor Wat Mini Tour
|
|
|
tunggu..
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 27-Mar-2008 16:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Chapter 3 - Siem Reap, Bandar lama yang santai
|
|
Hari Ke-4 - Jalan-jalan Sekitar Siem Reap
Setelah merehatkan diri, kami telah mendapat kembali tenaga untuk meneroka Siem Reap pada hari ini. Kami hanya bergerak menaiki basikal yang disediakan oleh guest house. Oleh kerana sejak semalam tak makan, jadi misi kami pada pagi itu ialah mencari makanan muslim. Berpandukan papan tanda " restoran muslim Family" yang kami nampak di tepi jalan, kami cuba menjejaki restoran tersebut dan akhirnya tanpa bertanya kepada orang lain, kami menemui restoran tersebut yang terletak betul2 di perkampungan Muslim di Siem Reap. Ketika kami sampai, kami terus bertanya " Muslim Food?" dan adalah dua orang wanita dan tiga lelaki sedang makan di kedai tu dan mereka menganggukkan kepala. Ketika kami order makanan yang sukar untuk diterangkan kepada mereka kerana pemilik restoran tu tak faham BI. Nasib baik lah kebetulan salah seorang pelanggan lelaki di kedai tu tetiba cakap bahasa melayu. Rupa-rupanya dia perasan kami cakap bahasa Melayu . Lelaki tu pernah tinggal kat Malaysia dan abangnya juga pernah tinggal di Pahang. Dialah yang menjadi translator tak bertauliah kami untuk order makanan kat kedai tuh. Kami apa lagi terus order nasi.... harga nasi dan air tea ais tanpa gula yg memang jd minuman rasmi di Cambodia sumenya USD3 atau RM9.., kira harganya boleh tahanlah....
Bila perut dah kenyang, hati senang nak teruskan perjalanan. Kami terus mengayuh basikal ke Old Market yang kebetulan baru nak memulakan operasi. Macam2 barang ada.. baju, selendang, beg dan segala2 yang membuatkan hati jadi keruan. Kalau ikutkan hati mau aje kami memborong banyak-banyak tetapi mengenangkan kami kena limitkan barang sebab perjalanan masih jauh lagi,jadi niat itu terpaksa kami lupakan.Tp beli jugaklah beberapa beg utk dibawa pulang.Habis teroka Old Market, kami teruskan perjalanan merayau2 sekitar bandar Siem Reap. Kami gi pulak ke satu lagi market yang tak kurang popularnya kat sini iaitu Yu Market. Barang kat sini lebih kurang sama je ngan Old Market, tp harganya lebih murah sikit dr Old Marker, mungkin kedudukannya agak jauh sikit dari bandar,lagipun kat sini tak ramai sangat pelancong datang.Mungkin ada yang tak tahu. Pas tu kami kayuh lagi ronda2 sampai kul 2 petang. Hari panas terik , badanpun dan melekit, jadi kami singgah kat sebuah kedai India yang bertulis halal.ami order roti Naan dan air limau. Naan dia tak syok.... . Kuahnya lansung tak best.
Perut dah kenyang kami kayuh basikal balik bilik, masa lalu kat Old market tu kami nampak satu restoran mulim kat tepi jalan, so target kami malam ni, nak makan kat sana.
Lepas rehatkan badan, mandi-mandi, kami kuar mencarik makan malam.Bestnya kat guest house kami ni, azan sentiasa kedengaran dr perkampungan muslim yang terletak di belakang guest house kami. Kami gi terus ke restoran muslim yang kami nampak petang tadi. Mmg nasib kami baik dan Allah mudahkan kami, sebabnya owner kedai tu pandai cakap Bahasa Malayu sebab dia pernah keja kilang kat melaka selama 5 tahun. Dah lah tu, minah tu yang membahasakan dirinya Sally sangatlah ramah dan pandai sungguh melayan pelanggan. Cun pulak tuuuuu....
Untuk malam tu, kami makan Mee Tomyam dan mee sup daging. Mee sup dia mmg BEST.... terangkat gileeeee..... Ramai jugak penduduk di sekitar Siem Reap ni makan kat sini. Dah makan, perut kenyang kami kayuh basikal menuju ke Night Market. Tempat ni mmg menjadi tumpuan pelancong yang dibawa oleh ajen2 pelancong masing2. Kat sini barangannya sama je dengan Old Market atau Yu market, cuma harganya lebih mahal, maklumlah tempat tumpuan pelancongkan. Jadi kami hanya menjamu mata je kat sini. Kami terus balik bilik rehat sebab kami kena bangun awal pagi esok utk penjelajahan ke Angkor Wat......,
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 26-Mar-2008 03:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Chapter 2 - Merentas Sempadan
|
|
HARI KE 3 - 13/3/2008 (Khamis)
Kami bangun seawal pukul 4.30 pagi, kerana takut tertinggal keretapi lagi . Hari ini kami akan menaiki keretapi pukul 5.50 pagi dari Bangkok ke stesen Aranyaprathet bagi membolehkan kami memasuki sempadan Cambodia. Perjalanan kami hari ini akan mengambil masa 6 jam. Setelah siap berkemas kami terus check out kira-kira pukul 5.15 pagi dan terus ke stesen keretapi. Kami terus membeli tiket di kaunter. Harga tiket ialah B48 (RM4.80). Keretapi yang kami naik nanti adalah keretapi kelas 3. Hanya keretapi tu je yg ada dan train menuju ke Aranyaprathet hanya dua kali dari bangkok satu pukul 5.50 pagi dan satu lagi pukul 1.30 petang. Sambil menunggu keretapi, kami sempat mengalas perut dengan secawan coffee dan roti. Kat stesen keretapi di sini sentiasa ramai manusia, awal pagi beginipun telah ramai yang menunggu , malah ramai di kalangan mereka yang tido di stesen keretapi .
Ramai pelancong-pelancong '"back packers" yang berada di stesen keretapi, dalam hati harap-harap ada di kalangan mereka yang sama seperti kami menuju ke sempadan Cambodia.
Keretapi bergerak tepat pukul 5.50 pagi. Kami tengok ramai sungguh yang naik keretapi ni, bukan sahaja orang Thai tetapi jugak pelancong asing. Kami duduk di gerabak yang agak hujung.
Dalam keretapi ni jangan haraplah ada air corn, cuma ada kipas dan tingkap pulak boleh dibuka. Nasib baiklah kami gerak waktu pagi, jadi taklah panas, kalau naik train kul 1.30 pagi mesti bermandi peluh. Dalam keretapi ni macam2 ragam manusia, yang cukup mencuit hati, jiran yang duduk depan kami ni, landing tak hengat..dari start naik train sampai lah ke Aranyaprathet...,
Kami sempat berkenalan dengan seorang minah dr England , nama dia Safron. Dia ni dulu keja Bank, tp berhenti keja sebab nak travel. Dia dah sampai ke China, Hong Kong, kemudian ke Bangkok. Selepas Cambodia dia nak gi Malaysia pulak...., dengar cite dia macam syok je..
Sebenarnya ramai lagi pelancong asing terutama dari Eropah yang buat cam tu, berhenti keja dan travel berbulan-bulan, dah bosan baru balik ke negara semula utk carik keja. Minah Safron ni mmg blues, jalan sorang-sorang je... cayalah... .
Sepanjang perjalanan kami melalui kawasan- kawasan perkampungan dan pendalaman di Thailand, kira pemandangannya lebih kurang macam Malaysia jugak, cuma rasanya perkampungan kita lebih cantik dan tersusun.... Malaysia tetap di hatilah...
Setelah melalui perjalanan yang panjang, akhirnya kami sampai di stesen terakhir di Aranyaprathet kira-kira pukul 12.30 tengahari. Mak aiiiiiii....panasnye hari waktu tu, sampai je kat hentian tu, tengok2 dah ramai tut-tut menunggu. Kami dan Safron menuju ke tut-tut yang sama untuk ke sempadan dengan harga B80 untk tiga orang. Semasa dalam perjalanan tu, pemandu tut-tut tu kata , kami kena buat visa dulu sebelum masuk ke sempadan. Oleh kerana kami ni orang Malaysia, jadi visa tidak diperlukan untuk memasuki mana-mana negara Asean. Si minah Safron ni kenalah buat. Jadi dia hantar kami semua ke sebuah kedai makan untuk urusan visa. Di SINILAH BERMULANYA PENIPUAN TERANCANG DIORANG NIH......
Kami tak sedar kami di tipu, kerana semuanya berjalan lancar seperti tiada apa-apa yang berlaku...LICIK sungguh mereka ni....
Semasa nak menuggu Safron siapkan visanya, seorang lelaki starff kedai tu kata, pihaknya menyediakan kenderaan untuk memasuki Siem Reap yang akan mengambil masa katanya selama enam jam dari pintu masuk Cambodia di Poipet. Mamat Thai tu kemudiannya menceritakan kepada kami keadaan di sempadan nanti yang merbahya utk pelancong. Dia memberi gambaran yang cukup negetif dan sentiasa mengingatkan kami sentiasa berhati-hati (Macam ikhlas je nasihat dia tu), lepas tu dia kata, nak masuk ke Siem Reap juga bahaya sebab banyak syarikat teksi yang menipu, jadi dia cadangkan naik kenderaan yang disediakan oleh syarikatnya dengan membayar USD20 atau RM60 seorang. Bila dah cerita macam tu mesti kami rasa takut, bukan dengan kami dan Safron je dia cite, tetapi ngan beberapa pelancong asing lain. Jadi akhirnya untuk langkah-langkah keselamatan kami setuju naik kenderaan mereka. Mula-mula kami di bawa menaiki jip ke sempadanan Thai-Cambodia yang letakknya mungkin dalam 2KM dari kedai tu. Bila nak masuk ke Imigresen tu mmg adalah budak2 pengemis yang miskin kat sini minta sedekah, tp keadaannya taklah seteruk yang kami bayangkan. Lepas cop keluar dari Thai, kami dibawa berjalan kaki dalam keadaan panas terik tu untuk pergi pulak ke kaunter Imigresen Cambodia di Poipet. Kat sini kira happeing jugak, dalam muka bumi yang panas berdebu dan kering di kawasan tu, terdapatlah pulak pusat kasino yang besar kat sini untuk org gila judi.... he.he..,
Masa kat Imigresen ni, ambil masa agak lama sikit sebab terlalu ramai pelancong nak masuk ke Siem Reap, tambahan kaunter yang disediakan hanya 3 je, dahlah tempatnya sempit dalam keadaan bersesak-sesak tu, kami ambil masa lebih kurang 45 minit untk settle sume. Lepas tu kami bersama pelancong2 lain dibawa pulak naik bas yang disediakan untuk ke tempat pengangkutan awam. Masa turun dari bas tu, mamat yang menakutkan kami mula-mula tadi, memainkan peranannya semula dengan berkata, lebih baik tukar duit di sini dengan mata wang Cambosdia (riel) sbb kat Siem Reap nanti tak de money changes. Maka sume dalam bas ( lebih kurang dalam 20 orang) yang kebimbangan terus lah ke kedai money changers tu untuk tukar duit. Dia kata mata wang yang boleh digunakan di Cambodia ialah riel atau USD, Kalau guna USD kami kena bayar lebih, jadi dia nasihatkan kami guna riel. Nasib baiklah kami ni cerdik sikit, maka kami tukarlah sedikit duit matawang USD yang dibawa dari KL tuh. Lepas dah tukar duit tuh, mamat tu suruh kami naik sebuah bas yang katanya akan membawa kami ke Siem Reap. Laaaaaa...naik bas je rupanya ..kami ingatkan kami akan dibawa dengan baik teksi. Sebab bayaran USD20 tu kira banyak. Cuba bayangkan sume dalam bas seramai 30 orang tu bayar dengan bayaran yang sama...tak kayo dibuek eh....... Kami dah frust masa tuh, nak mintak balik duit tak boleh, jadi nak tak nak, kena naik jugak lah bas buruk yang keras tempat duduk tuh. Selain pemandu ada seorang guide yang menerangkan kepada kami tentang perjalanan yang bakal dilalui nanti. Katanya perjalanan dengan bas akan mengambil masa 6 jam sebab seadaan jalan yang tidak elok. Masa tu dah terbayang , maknanya malamlah kami akan sampai ke Siem Reap. Mamat Khamer ni cakap kalau naik teksi akan mengambil masa 4 jam je, dan bas tak boleh bawak laju sebab takut tayar pancit dan sebagainya. Masa kami bertolak dari Poipet tu waktu dah pukul 3.15 petang dan kami dijangka sampai dalam kul 9 malam ( itupun kalau tak de apa-apa berlaku dalam perjalanan).
Sepanjang perjalanan kami hanya melihat pemandanagan di sekitar perkampungan di Cambodia. alahai sian sangat tengok rumah diorang, ada yang terlalu daif. Dahlah daif, pastu penuh dengan debu jalan yang tak bertar. Tanah kering dan tak de pokok2 macam kat sini.
Lebih kurang tiga jam perjalanan bas ni berhentilah pulak kat sebuah restoran untuk makan malan, sebab katanya nanti akan sampai ke Siem Reap malam takut lapar. (Alahai baiknya lah pulak, tp sebanarnya driver tu yg nak mencekik...geram tul). Dahlah restoran tu bukan jual makanan hahal, sume kebanyakannya ada campuran (B***)..., kami ni tak beranilah nak makan, melainkan order air je, Tp pelancong2 lain yang tak muslim tu...bialahkan, telan je...
Lepas tu , baspun teruskan perjalanan dan haripun dah gelap masa tu. Guide tupun mulalah cakap , mereka ada menyediakan guest house untuk menginap dan bas itu akan terus bawa kami ni sume ke guest house tersebut. Masa tu kami dah terkejut beruk..... , mana boleh jadi macam nih??? kami dah booked guest house lain. Rupa-rupanya nilah taktik mereka, sengaja bawak bas lambat2 biar sampai malam kat Siem Reap dan bila dah malam, badan sume dah letih, jadi penumpang tak de pilihan lain , nak tak nak kena duduk juga kat guest house mereka. Lagipun dah malam, cam ne nak carik guest house kan????. Pandai sungguh mereka nih. Tp kami ttp tak puas hati, dan terus cakap dengan guide tu yg kami dah bayar deposit guest house yang nak kami tinggal tuh. Muka Guide tu terus berubah dan macam tak nak layan kami je....
Haha..padan muka dia akan hilang 2 orang guest. Sesuka hati mak dorang jek...walaupun kami dah plan baekk punya sebelum pergi dan dah tau taktik2 dorang ni melaui internet...dah takdir..tipah tertipu jugak...sebab sebelum sempadan lagi dorang dah buat keje. Kalau dulu dorang buat keje ni kat sempadan...so la ni makin advance dah..siap tunggu kat tren dah...jadi kalo sapa2 nak pegi, jangan la amek apa2 offer dari sapa2..terus je naik tuk-tuk ke sempadan..lagi senang.
Sambil tu kitorang dah ber'sms' dengan pemilik guesthouse yang kami nak tinggal tu. Memang helpful betul dorang. Sejak dari email kat Malaysia lagi banyak info yang kami dapat dari dorang. Dan dorang janji akan pick up kami sesampai je kami kat Siem Reap. Pick up 'free' je...
Apa yang kitorang paling tak sangka...setelah melalui semua tadi dengan jalan yang teruk, kediaman kampung yang daif...sampai je kat Bandar Siem Reap, kami di hidangkan dengan hotel-hotel 4-5 bintang bila masuk je ke dalam bandar. Malamnya sungguh 'Happening' dengan pub, club, hotel2 dan tempat spa dan urut...tak ketinggalan gerai buah dan makanan hampir di sepanjang jalan. lain sangat dengan apa yang di momokkan oleh dorang tadi...dasat gile..tak nampak cam tempat penyangak ponn... buat kitorang tak sabar nak pegi ke guesthouse kitorang tu...
Sampai je kat sana kitorang pun cuba nak hubungi orang guesthouse kami tu. Nak jadi cerita...prepaid plak dah nak habis & bateri pon dah nyawa2 ikan je...pergh macam drama Samarinda habis.... ..aleh2 tetiba 2 orang mamat ni tanya..u want to go to garden lodge? Kitorang pun tengah konpius sebab yg kitorang nak pegi tu Potted Palm Garden....kitorang pun tanya..Lida? (nama tokey guesthouse tu)..."yes..yes..."...fuhh..lega gile rasanya..ropenya dia ada 2..satu Palm Garden Lodge..dan satu lagi Potted Palm Garden tu dorang dah convert jadi spa...terus je kami naik tuk-tuk yang dorang bawak meninggalkan terus puak2 tadi..lantak la..hehe
ada jugak 2-3 orang lagi yang blah jugak..maybe dorang pun dah booking cam kitorang. Kami tanya staff ghouse tu selmat ke jalan malam kat sini...dorang kata takde masalah..semua selamat. Bank banyak,,ATM pon banyak...semua kemudahan ada..So sampai je kat guesthouse, kitorang disambut mesra oleh Solida, tokey ghouse. Lega easanya..walaupun jauh sikit ke dalam...tapi lobbynye nampak OK...harga pun berpatutan. Siap ada 'welcome drink' lagi ngan cold towel..cam hotel plak :D. Dengan harga USD9 semalam kami dapat bilik kipas siap bilik air, almari, air panas, TV, Internet free 24 jam kat luar, teah/coffee free setiap masa (kat cafe dia) dan basikal untuk merayap :D (siapa cepat dia dapat). Kira OL la tu..dah hampir macam 3 Star hotel dah..servis pun baik dan mesra...apa2 pun masuk bilik terus terkam tilam la..badan dah penat gile & sakit2...sehari dalam bas. nasib baik la bilik cukup selesa dan bersih...selamat malam...esok kita jalan2 ke Pasar Lama...tido dulu...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 21-Mar-2008 02:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KISAH TERTINGGAL KERETAPI....
|
 |
|
Hanya 2 Beg yg kami bawa
|
|
 |
|
pasport dan duit dah siap ditukar
|
|
 |
|
Kat Puduraya tunggu bas Durian Burung yg lembab
|
| | View all 47 photos... |
|
Kami memang merancang untuk bercuti ke Cambodia sejak bulan Nov tahun lepas lagi. Setelah mencari maklumat-maklumat penting dan mengutip pengalaman-pengalaman dari mereka yang pernah prgi ke negera tersebut, kami akhirnya membuat keputusan untuk melalui percutian secara "back packers", tanpa melalui ejen pelancong. Segalanya kami buat sendiri dari A-Z dan pastinya perjalanan yang mencabar.Percutian kami akan mengambil masa lapan hari termasuk waktu perjalanan, sebab kami tidak akan naik kapalterbang ke sana, sebaliknya menaiki keretapi dan hanya pulang ke Malaysia sahaja akan menaiki kapalterbang. Aina dan yaya seperti biasa ditinggalkan kat kampung bersama uwan dan sepupunya....
11/3/ 2008 ( Hari Pertama) Pukul 7 pagi lagi kami dah keluar rumah menuju Puduraya untuk ambil bas ke Butterworth (tiket pukul 9.30 pagi dan dijangka sampai ke Butterworth kul 1.30 petang) .Dari Butterworth nanti kami akan naik keretapi ke Bangkok. Sampai di Puduraya, kami b'fast kenyang-kenyang sebab takut tengahari tak sempat nak makan. pukul 9 pagi kami menunggu bas "Durian Burung" yang bakal mambawa kami, tapi masalahnya sampai puul 10 pagi tak muncul-muncul. Kami dah resah, sebab takut tak sempat nak sampai sebelum pukul 2. petang kat Butterworth sebabnya keretapi akan bergerak kul 2.20 petang.
Pukul 10.05 minit baru bas sampai, dan bergerak meninggalkan Puduraya kul 10.15. Sepanjang perjalanan kami dok plan macamana kalau kami terlepas keretapi dan langkah yang perlu diambil sebabnya kalau boleh kami tak mau kacau plan asal dan kami kena bertolak ke Bangkok hari ini jugak.
Kami call abang Ipar (Abang Zahar) yang memang kerja dengan Keretapi Tanah Melayu dan dia mencadangkan jika kami tak sempat naik kat Butterworth , kami naik teksi ke Alor Setar atau Padang Besar sebab keretapi tu akan turut berhenti di sana.
Jadi dalam bimbang2 tu, kami lega sikit sebab dah ada plan yg boleh diikut. Sepanjang perjalanan pulak bas tu gerak slow nak mampus..., (tak tahulah kalau itu hanya perasaan kami je), tp rasanya mmg slow dan siap berhenti kat hentian R&R selama 30 minit (tp tak ingat hentian mana). Kami dah pasrah, waktu gerak dari hentian R&R tu dah pukul 1.15, maknanya kalau sampai ke Butterworth pun paling awal mungkin dlam kul 2.45 atau selewat-lewatnya kul 3 petang. Jangkaan kami tepat, akhirnya kami sampai pukul 2.45 petang. Kami tengok tak de lansung keretapi , jadi kami terus ke tempat pemandu teksi melepak, tanya nak ke Alor Setar, diaorang cakap boleh hantar tp kena bayar RM100...., mak aiiii...mahalnya. Kami tak jadi ambil dan terus ke stesen Keretapi dan tanya dengan staff KTM tu, dia kata keretapi ke Bangkok bergerak kul 2.30 petang tadi dan kalau nak selamat baik naik teksi ke Hat yai, sebab dari Butterworth ke Hat yai hanya mengambil masa 3 jam dan keretapi akan sampai sana dalam kul 6.30 petang ke sana.
Kami rasa tak de pilihan lain sebab dah kesuntukan masa, takut nak naik dari Alor Setar dan Padang Besar, tak sempat, Jadi staff KTM tu panggil teksi yang mmg biasa bawak penumpang yang tertinggal keretapi ke Hat yai dengan bayaran RM180......, dalam tak rela tu..terpaksa jugak ambil sebab kami kena naik keretapi ke Bangkok.
Kami gerak dari Butterworth dalam kul 3.15 petang, nasib baik pemandu teksi tu mmg dah biasa ke hat yai, jadi dia tahu nak guide kami ke sana dan yg penting di Sempadan nak masuk Thailand nanti.
Sepanjang perjalanan kami hanya menikmati pemandangan dan tidor...ZZZZZZzzzzzzzz... letih sangat badan terkejar-kejar tp seronok melalui pengalaman yang berharga ini.
Setelah melepasi Pulau Pinang dan masuk ke Kedah, kami sampai di sempadan Malaysia -Thailand dalam kul 5.45 petang (4.45 waktu Thai) dan kami sampai ke Danok utk cop pasport dan dari Danok ke Hat yai akan mengambil masa lebih kurang sejam lagi. Waktu ni rasa syukur sgt sekurang-kurangnya dah memasuki Thailand, jadi kami teruskan perjalanan akhirnya pemandu teksi membawa kami terus ke stesen keretapi di Hat Yai utk menunggu keretapi sampai, sempat kami rehat lebih kurang 45 minit sementara keretapi sampai yang dijangka pukul 6 petang. Keretapi ke Bangkok sampai seperti waktu yang ditetapkan...., bila kaki jejak naik dalam keretapi.. senyum kami sampai ke telinga... , perutpun rasa lapar yg amat, nasib baik kami ada bawak bekal biskut. Nak order makanan kat atas keretapi takut tak halal, maklumlah keretapi ni milik kerajaan Thailand. Pukul 7 , keretapi yang mulanya jadi tempat duduk terus di tranformkan kepada katil, maka tidurlah kami malam tu atas keretapi dengan nyenyaknya.
12/3/2008 (Hari Kedua) Memasuki Bangkok.
Kami bangun kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan (Malaysia 7 pagi), terus gosok gigi dan basuh muka, kami sempat b'fast pagi tu dengan buat air nescafe 3 in 1 yang dibawa dan makan biskut serta maggi cup, cukup nikmat rasanya ....
Perjalanan selama 20 jam tak lah membosankan, kerana ramai yang macam kami, terutama mat salleh, ada yang dari England, Canada dll lagi, sempat juga kami berkenalan di dalam keretapi.
Kami turut berkenalan degan seorang lelaki dari Gombak namanya Sham, dia dah setahun belajar di Universiti di Bangkok. Dialah yang banyak memberi kami beberapa info terutama beberapa tempat yang boleh dilawatai sepanjang berada di Bangkok nanti. Katanya kami rugi tak datang hujung minggu sebab ada pasar besar di Chatuchak yang jual macam2 jenis barang yg murah2...
Kami sampai di stesen keretapi Bangkok di Hua Lamphong, kul 10.30 waktu tempatan, terus cari bilik untuk tidor semalaman, oleh kerana keesokkannya kami kena bertolak naik keretapi awal untuk memasuki sempadan Cambodia, maka kami decided untuk tidor di sebuah guest house di belakang stesen keretapi tu je. Untuk satu malam, sewanya lebih kurang B500 atau RM50. Kira okleh biliknya lagipun untuk semalam je dan yg penting biliknya bersih...,
kami terus letak braang2, tanpa mandi, kami keluar untuk cari makan. agak sukar nak cari makanan halal di Bangkok ni, nasib baik kat stesen keretapi tu apa food court dan ada satu gerai makanan halal, kamipun apa lagi terus terkam nasi dan makanlah kami dengan lahap tahap gaban .
Lepas makan kami beli prepaid dulu untuk call budak2 di kampung dan bagi tahu kami dah sampai Bangkok. Selepas tu kami terus ke stesen Metro (MRT) Hua Lamphong kat sebelah stesen keretapi tadi. Kami beli pass untuk satu hari berharga B120 atau (RM12) yang membolehkan kami merayau2 di sekitar Bangkok dan berhenti di mana-mana stesen MRT. Lokasi pertama yang dituju ialah di Silom yang cukup happening terutama pusat-pusat hiburan. Kami merayau-rayau di sekitar ceruk jalan tanpa arah tujuan, saja nak tengok kehidupan orang di Bangkok. Waktu kami sampai di sana dah pukul 12. tengahri, mereka yang bekerja , keluar untuk lunch, jadi mmg sibuklah waktu tuh.... ,Kami pun sempat jugak merayau di sekitar Thanon Suriwong yang terkenal dengan pusat hiburan di sana, macam2 nama kelab ada kat sana. Waktu siang mmg nampak tak de pape, tp malam mmg hidup kawasan tuh.
Oleh kerana rasa badan dah terlalu busuk, kami akhirnya balik ke guest house kami dulu untuk mandi-mandi dan petangnya kami keluar semula untuk mencari makan-makan dan jalan2 di sekitar Bangkok.
Lokasi pilihan kami stesen Lumphini sebab ada night market yang terkenal kat kawasan tub iaitu Suan Lum Night Barzaar. Kami keluar je dari stetsen MRT tu kat depan sikit tengok2 ada gerai makan dan Alhamdulillah ada dua buah makanan halal kat situ, kami apa lagi terus tak lepaskan peluang alas perut. Selesai makan kami jalan-jalan kat sekitar night market yang menjual pelbagai barangan termasuk kraf, pakaian dan bermacam2 pilihan. Bila kami merayau kat sini tengok2 ramai pulak rombongan pelancong dari Malaysia yang membeli belah kat market tuh. kira tempat ni memamg besar jugaklah, puas kami merayau malam tu sampai pukul 10 malam baru kami balik bilik untuk berehat bagi meneruskan perjalanan keesokkannya....
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 19-Mar-2008 02:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SELAMAT KEMBALI
|
|
Akhirnya kami berdua selamat menjejakkan kaki ke Malaysia puul 7.15 petang Selasa (18/3) setelah berada 8 hari di negara orang... , apa-apapun Malaysia still the best ever... love Malaysia, untungnya lahir dan menjadi warganegara Malaysia (tetiba jd patriotiklah pulak ). Banyaknya pengalaman yang berharga sepanjang berada di Bangkok dan Cambodia.
Pejalanan yang memenatkan tp cukup menyeronokkan lebih2 lagi berdua hanya dengan yang tersayang, kira ni honeymoon kami lagi....., Thanks Babah 4 the trip...
Tp rasanya tahun depan kami tak mau lg lah nak gi kat negara-negara yang bukan islam , susah sangat nak carik makan halal...
Gambar dan cerita perjalanan akan di update kemudian...lepas bekerjakeras utk p/raya that day, kami terus bercuti panjang , pas ni baru leh ronda2 fp kengkawan sume.... .
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 23-Feb-2008 06:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
DEMAM PILIHAN RAYA
|
|
Salam.... buat sementara waktu, FP kami terpaksa dihentikan seketika kerana Mama terlalu bz dengan persiapan Pilihan raya. Nak jenguk fp kengkawanpun tak sempat....,
Insyaallah selepas je habis je pilihan raya nanti mama akan update fp.
Alhamdulillah, Aina dan yaya sihat, cuma si yaya makin notti dan suka buat mama pening pala... he..he,,he, tp biasalah kerenah anak kan????
Pada sume ibu-ibu.... selamat menjalankan kewajipan ...keluarlah mengundi bagi menentukan nasib kita dan anak2 di masa hadapan. Gunakan sebaiknya peluang dan kebebasan yang diberikan.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 6-Feb-2008 14:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Birthday Aina.... empat taounnnnlah..
|
|
Pada 2 Feb lalu, genaplah 4 tahun umur puteri sulung kami Aina Karmila...., cepatnya masa berlalukan????, maknanya mamanya pun dah semakin tuo..., waktu lahirkan dia umur mama baru 29 tahun, jadinya tahun ni umur mama dah 33 tahun..... takutnye ngan angka tuh!!!! .
Seperti yng kami janjikan pada Aina yg kami panggil kakak, tahun ni mama dan babah akan buat party b'dya kecil2 an utk dia....., jadinya kamipun buatlah pada keesokkannya pd 3 Feb.
Walaupun majlis tu kecik je..tp persiapan nak membuatnya rasanya dah mula sejak seminggu sebelumnya..., Chow Kit tuh..boleh kata hampir tiap hari jd kunjungan kami nak cari barang..., sib baik dekat je ngan opis mama
Ada sesaja barang yg tak cukup..itulah..inilah...., cakap ngan Babah dia, ni baru buat majlis b'dy..lum lg majlis kawin..., maunya pengsan mama...
Pada tahun ni, menu yg terhidang sume dimasak sendiri oleh mama dan dibantu oleh kaum keluarga yg diimport dar Kg Lonek, N.Sembilan.. , kalau harapkan mama sorang masak..maunya terkangkang dibuek eh..., utk itu jemputannya juga cuma mengikut kemampuan kami je lah..sbb tu tak ramai yg dijemput, hanya dikalangan keluarga dan rakan2 terdekat je.., , (Mintak maaflah mana yg tak diundang tuh... Insyaallah B;day Yaya nanti kalau ada rezeki, nak jugak jemput lebih ramai lg).. Pada perancangan awalnya , kami nak buat kat kawasn lapang d tepi kolam tuh...tp mengenangkan hari hujan sejak dua hari lalu.jadi kami terpaksa tukar plan , buat kat bilik sempit tuh... Maaflah kalau ada yg rasa tak selesa ye....., tp happy sesangat tgk anak2 berkejaran dan ibu2 bleh bawak anak-anak bermain di playground kat tepi kolam tuh..., Alhamdulillaah jugak masa kejadian tuh, cuaca mendung sebelah pagi bertkar panas,, kami punyalah risau..., Mot siap jd bomoh hujan hari tuh.., mintak hujan berhenti. , paling bersyukur, bila habis je majlis tu, hujanpun turunlah dengan lebatnya.....sib baikkan??
B;dya girl pulak pada hari tu, tak berapa sihat masih demam. Dia dah demam sejak Jumaat lagi, tp bila kita kata badan dia panas, demam...dia tak mengaku dia cakap "mana ada kakak demam...kakak sihatlah mama"...dia mmg kuat semangat...., ,
Sekali lagi kami sekuarga ucapkan tima kasih kerana hadir...tima kasih kasik hadiah dan mintak maaf atas segala kekurangan...
| Quote: | | Hana.. kita ambik satu gambar dar FP awak |
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 15-Jan-2008 12:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Iklan terbaru
|
|
apalagi hari tu babah telah mengarahkan 2 beradik ni untuk posing buat iklan "kacang sembunyi". macam2 la gaya dorang ni. Nasib baiklah ada model kat rumah...senang je nak buat kerahan tenaga hehehe lihat lah hasilnya...dan gambar2 disebalik tabir hehe..
|
|
|
|
|