Want your
own Fotopage?
















 
Mot's FotoPage
[IMG]http://i15.photobucket.com/albums/a364/motstudio/DSC00221-copy.jpg[/IMG]
By: azmi ali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 9-Aug-2008 04:57 Email | Share | Bookmark

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
kakak tukang masak
yaya tukang serve
syioknyeee kan..sejokkk betul air dia
kipass..yeahh kipasss
smileee
time lelaki berendam
Hi salam.... lamanya tak mengupdate FP ni sedar-sedar da sebulan lebih dah. Walaupun tahu FP ni taklah beberapa popular tp mungkin ada jugak sesekali member berkunjung ke Fp kami, dan sudah pastinya kecewa kerana yang kuar hanya gambar yang sama.
Memanglah saya terlalu bz sekarang ni, faham2jelah kerja mengalahkan IGP Tan Sri Musa Hassan. Dengan kes Anwar dan kes-kes yang seterusnya yang mmg tidak henti-henti berlaku. Kadang-kadang mungkin akan terlihat juga wajahku terselit di Tv sesekali. Tima kasih pd kengkawan , mana-mana yang perasan tu ada juga sms dan call. Kejadian tu bukan sengaja, dalam ghairah nak cari berita dan berebut-rebut tu, gitulah jadinya...

Pada yang tertanya-tanya Aina dan Alya, Alhamdulillah sumenya sihat. Aina semakin banyak mulut sekarang, kadang-kadang sampai tak larat nak layan. Ada je pertanyataan yang keluar dari mulutnya, kalahkan mamanya yang keja reporter ni. Harap anak saya itu tidaklah mengikut jejak langkah saya , pilihlah kerjaya lain harapnya.
Yaya pulak walaupun mulut tak seringan kakaknya tp sangat pandai melawa dengan eksesori saya yang ada. Setiap pagi pasti ada sahaja tudung saya yang akan terlekat di kepalanya (gaya ala-ala Datin Siti Nurhaliza), dengan gelang , hand beg bagai..., tak tahulah apa nak jadinya bila besar nanti, melihat ketokohannya menggayakan pakaian tu kalau jadi pereka fesyen bagus jugak. Lagi satu sekarang ni perangai yaya ialah tidak mahu memakai pakaian yang kurang cantik di matanya. Kalau boleh hari-hari nak pakai baju untuk jalan...macam-macam kan?
Mungkin kerana kekangan waktu, saya agak jarang selepas ni untuk mengupdate gambar di FP ni, selain bz.. internet nak buka FP dan mengupdatenya (ada ke perkataan campuran cam nih kalau my sub editor tahu mumpus di killed nya story...) teralu-lalu slow kat rumah. Jd saya sekarang aktif dan akan bukan Facebook setiap hari, mungkin mana-mana yang nak tahu keadaan kami atau rindu kami (ada ke?) blehlah add saya kurniawati dalam face book ye..
Oh ya Ahad till selasa ni pulak saya ke Sabah , mengikut rombogan media bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang juga menteri pertahanan ke Pulau Layang-layang. MMg teringin sangat nak gi ke sana...
Doakan kami sekelurga sihat sejahtera dan kami doakan kengkawan juga yang sama Insyaallah... salam sayang buat semuanya.

Quote:
Quote:
gambar yang dibawah adalah xtvt kami berkelah di Sungai Kalong, Ulu Yam bersama member2 wartawan dr Bernama. Mmg seronok sesekali mandi sungai. bukan senang nak dapat berkumpul macam ni, jadual kerja kami yang tak pernah sama, tp pada hari tersebut , kami sama-sama mintak off day demi mencapai misi tersebut , sume tengok enjoy sesangat...berendam sampai tak mau naik

tak pe kurnia, dulukan lah mana yang dulu... apapun bestnya awak nak ke sabah eh...
peluk cium utk aina dan yaya....
Tue 12-Aug-2008 06:04
Posted by:cak  - [Link]
aina mcm irfan, makin byk mulut + byk songeh...kdg2 smpi mama pun x terjwb soklan dia
p/s my new ofis ni x boleh access FB...sungguh la tensen huhuhu
Tue 12-Aug-2008 08:39
Posted by:ELLY~Mama Irfan&Farah  - [Link]
pergghh mmg bizi betol kurnia.. i yg baca ni pon dah sempot..
gi sabah ngan TPM tu tatahan.. glamer tuh.. mlm ni harus tu carik muka kurnia kat tivi. dok la dekat2 skit ngan najib okeh sebelah dia kaa .. jgn 'Mam' dia tau sudah.. i tanak u jadi kurniatuyaaaa
syoknyaa gi piknikk... lepas rindu dpt tengok Aina n Yaya hg makin voggy mcm mama dia tuh
Mon 18-Aug-2008 06:44
Posted by:Liza*Ummi2H*  - [Link]
salam.. feel free to visit us Tue 19-Aug-2008 04:26
Posted by:ms love  - [Link]
Kite pun dh lama tak jenguk fp awk....hehehe
But at least ada fb dpt jugak keep in touch ngan awk kan
Lamanyer auntie tak jumpa aina ngan yaya....biler nak dtg umah main2 ngan balqis
Wed 20-Aug-2008 04:37
Posted by:Nury @ MomMy Balqis nuryz78@yahoo.com  - [Link]
pssstttt..!!ada hot2 story bleh la share ngan kami2 ni ye...?? Wed 20-Aug-2008 08:00
Posted by:mama ca  - [Link]
salam
visit our merdeka sales
http://little-angel.fotopages.com
Mon 25-Aug-2008 07:46
Posted by:mr me
Salam Ramadhan buat Kurnia & Family... Tue 9-Sep-2008 01:08
Posted by:Haida@ Mama Batrisyia & Aliesyia ayu_eudora@yahoo.com  - [Link]
syioknyaaaaa berkelah kat sungai.. lama tak mandi sungaiiiii... Thu 11-Sep-2008 02:09
Posted by::: Momma Shariq & Shazad ::  - [Link]
Salam AidilFitri dr kc sekeluarga, maaf zahir batin kalau ada kc terkasar bahasa atau tersalah laku sepanjang perkenalan kita ya.... Fri 26-Sep-2008 04:15
Posted by:kc  - [Link]
Pohon di Maafkan segala kesilapan serta di halalkan makan dan minum,sekiranya ada terlanjur kata, terkasar bahasa atau tingkah laku yang kurang menyenangkan termasuk jika ada perbuatan yang disedari atau tidak disedari yang telah mengguris hati..

Semoga hari yang mulia ini kita raikan dengan penuh keriangan dan kebahagian dan Pohon dipermudahkan segala halangan dan dijauhkan dari segala kemungkinan..
Semoga di Hari Raya Idul Fitri ini akan membawa kebahagiaan kepada anda & keluarga, dilimpahkan rezeki yang meluas dan bertambah ketaqwaan iman terhadap Allah SWT.

Salam AidilFitri dr kami sekeluarga
Mon 29-Sep-2008 08:07
Posted by:Ellyssa,Elda & Co  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.