Want your
own Fotopage?
















 
Mot's FotoPage
[IMG]http://i15.photobucket.com/albums/a364/motstudio/DSC00221-copy.jpg[/IMG]
By: azmi ali

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 4-Oct-2008 07:55 Email | Share | Bookmark
Aidilfitri 2008

slps 2 jam perjalanan, nampak ni...
jalan menuju ke tpt kejadian
Nilah lokasi yang dituju
selepas bersalaman
bergambar satu keluarga
tanpa abang sulung sekeluarga
kami bersama bonda terchentaaa.
kami sekeluarga
bersama maid, Nor.. sian tak dapat balik Indon
Kakak no 2, Ruzilah n Co
kakak nom 3, Norashihah n co
kakak nom 4, Zainiah n co
menziari pusara arwah ayah
buat tahlil
si yg paling sibuk sekali
babah ngan anak daranya
yang ni pandai bawak diri
kami di rumah mak cik, isteri arwah abah
tunggu for more updates...




Bagi yang berasal dari kampung seperti kami, apalah ertinya raya tanpa pulang ke kampung. Kemeriahannya tentu berbeza, malah aura pulang ke kampung itu sendiri juga berbeza berbanding hari-hari biasa. Alhamdulillah, seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini juga kami dapat menyambut hari raya di kampung. Sejak memilih kerjaya sebagai wartawan, belum pernah lagi saya merasa beraya di tempat kerja. Tidak seperti rakan-rakan lain di akhbar seperti Utusan mahupun Berita Harian yang jarang dapat bercuti, namun di Bernama syukur yang teramat, kerana organisasi kami mempunyai ramai wartawan dikalangan kaum cina dan India yang akan mengambil alih tugas bagi membolehkan kaum melayu bercuti meraikan aidilfitri. Seperti pasangan lain, demi menjaga keharmonian rumahtangga sejak 6 tahun yang lalu, kami juga turut mengamalkan sistem pengiliran. Walaupun kampung kami berdekatan (tidak sampai 3 kilometer), namun isu pulang berhari raya menjadi isu yang cukup sensitif. Malah jika tidak dijaga dan dikawal dengan baik boleh menjadi perang dunia ke 3. Namun biasanya, si suamilah yang banyak mengalah, kerana dia cukup mengerti orang negeri 9 mmg lebihkan keluarga perempuan.
Raya kali ini cukup meriah terutama apabila kedua-dua puteri kami yang semakin membesar dan semakin mengerti tentang hari raya. Mulut Aina dan Alya yang banyak bertanya (semakin becok) itu dan ini serta kegahairahan mereka untuk meraikannya membuatkan suasana raya kami cukup bermakna kali ini. Keputusan mengambil cuti awal utk pulang ke kg, kami manfaatkan sepenuhnya. 10 hari di kampung terasa terlalu cepat berlalu. Namun hati saya puas kerana dapat berbuka bersama kedua mertua di Batu Kikir sebelum menghabiskan penghujung puasa di rumah keluarga saya di Kampung Lonek. Banyak pengalaman yang dikutip kali ini, sejak 33 tahun meraikan aidilfitri, inilah kami pertama saya mengambil peluang membantu mak membuat lemang bermula dari proses memerah kelapa hinggalah memasukkan beras pulut yang dicampur santan dan sedikit garam ke dalam batang lemang serta membakarnya. Selain itu saya juga turut belajar membuat rendang negeri sembilan yang sedikit berbeza berbanding rendang negeri lain serta turut belajar membuat beberapa kuih tradisional seperti membuat wajid dan kuih talam. Sungguh indah aidilfitri kali ini. Giliran tahun ini yang jatuh pada giliran keluarga saya, memberi peluang terutama di malam raya untuk kami adik beradik berkumpul bermula dari waktu berbuka puasa hingga ke jauh malam. Walaupun tanpa abang sulung yang kini menetap dan bertugas di Kuching, Sarawak, namun kami empat beradik perempuan tetap gembira. Keluarga kami agak kecil jika dibanding dengan sebelah suami yang mempuanyai lapan adik beradik dengan 25 cucu-- pasti suasananya jauh berbeza. Melihat kegembiraan diwajah emak , walaupun keletihan memasak cukup memberi kebahagian yang bukan sedikit. Itulah pengorbanan seorang ibu yang tidak pernah berhenti membahagiakan hati anak-anak. Di pagi raya, kesyahduannya cukup terasa. Selain tangan dikucup oleh puteri kami sambil mengucapkan " Selamat Hari Raya Mama dan Babah", saya juga masih diberi peluang mengucup tangan suami, emak serta kedua mertua. Itulah saat yang paling manis....., semoga kemaafan yang dipohon dapat menghapuskan kekesalan dan kesalahan yang pernah dilakukan dan mendapat keampunan dariNya.
Salam aidilfitri..... maaf dipinta jika terdapat perbuatan, tingkahlaku mahupun kata-kata yang kurang disenangi hingga menguris perasaan dari kami sekeluarga.

Selamat Hari Raya...wahhh menyerlah kaler oren bajumu itewww lawalah rmh kpg ko kurnia..teringin den nak beraya suasana kpg begitu..kpg den dah tak berapa kpg dah lah huhu.. Mon 6-Oct-2008 09:31
Posted by:Mommy AQisH
cmt hari raya..
aina..alya..byk dpt duit raya
Tue 7-Oct-2008 03:56
Posted by:kay  - [Link]
oren yg ceriaaaaaaaaaaaaaaa !
esok saya komen lg, nak balik dah ni dah kol 5.30
Tue 7-Oct-2008 09:31
Posted by:ibu aqil & aqeera :ida aqilaqeera@gmail.com  - [Link]
Kurnia sekelorga..selamat hari raya aidilfitir..maaf zahir batin..amboihla swetenay depa....sukala tgk theme hampa...suka2...esp kurung budak 2 bradik tu..swetlaaaaaaaaaaa Wed 8-Oct-2008 03:08
Posted by:Olie - Mama Akif, Hadif & Nadya  - [Link]
salam aidilfitri kurnia & family...
sweet la theme color family kurnia this year
tu la kan, budak2 ni bila dah besar sket ni seronok tgk diaorg dah pandai beraya...tp yg x syok tu, susah sungguh la nak snap pic diaorg...dok lari sana sini
Thu 9-Oct-2008 00:19
Posted by:ELLY~Mama Irfan&Farah  - [Link]
syiok sungguh baca karangan wartawan ni..tersusun ayat.. kurnia.. rumah kg u cantik la..suker!!! ceria giler rumah u kan..
wehhh... makin comey hang sejak bertudung aih... anak2 hang pun cute miut.... baju 2A chantekkk okeh..
Thu 9-Oct-2008 01:35
Posted by:cak  - [Link]
SYOKNYA KAN..KAMPUNG KURNIA..BETUL2 KAMPUNG BEST...SEJUK JA..SUASANA...BETUL KATA CAK..AYAT KURNIA POWER SEYYY!!! I LIKE READING TUH!! Thu 9-Oct-2008 03:12
Posted by:zully@mama dhia zulie_dhia@hotmail.com  - [Link]
bestnyaa ada kg cam nih.. lawa plak tuh.. teringin sungguh laa sbb kg liza umah taman sukanyer baca karangan kurnia.. rasa mcm ada di tempat kejadian skali
ceriaa la u olss orennnnn.. so suwittt
Thu 9-Oct-2008 06:21
Posted by:Liza *Ummi2H*  - [Link]
woooaaahhh... posing kat laman lagik.. tp apsal mot pakai selipar daaaaa???
*selamat hari raya ye kurnia & mot sekeluarga, maaf zahir dan batin kalau ada silap dan salah...
Fri 10-Oct-2008 07:08
Posted by:Marcia  - [Link]
ishh..kalo wartawan pny karangan ni mmg lain mcm kalo baca,bahasa kurnia tersusun indah..bkn mcm kami yg cacamerba nih... sungguh la kurnia,kalo mira raya x blk kg tatau la mcm mana,menangis x berenti kot.... suka family pic raya u ols....klasik la amik gambaq dpn laman...sweettttt!!!!! selamat ari raya kurnia & mot,maaf zahir batin naaaa Sun 12-Oct-2008 16:19
Posted by:mama ca mierafaziera@yahoo.com  - [Link]
selamat hari raya to kurnia n family! cantiknya anak beranak pakai baju sedondon warnaaaa!
seronoknyaaa beraya di kampunggggg.. kami ton beraya di area kl ja.. tak meriah ponnn..
Wed 15-Oct-2008 08:34
Posted by::: Momma Shariq & Shazad ::  - [Link]
cantikkknya family potrait nih...baru betul suasana pict siap ade bckground umah kampung lg...hijaunya pemandangan...+ sedondon gitu...

Anyway, selamat hari raya..seems that u really have a fun raya. Selamat Hari Raya!
Thu 16-Oct-2008 04:23
Posted by:Ellyssa,Elda & Co  - [Link]
kur kg ko best, ada sawah umah pun cunn...menten mcm umah kg lama. sukala baca karangan hg, cukup teratur bm nye heheheh Tue 21-Oct-2008 01:34
Posted by:leezsa  - [Link]
u're invited to aqeera's 1st bufday bash ! chek out @ my fp for more details Mon 3-Nov-2008 07:54
Posted by:ibu aqil & aqeera :ida aqilaqeera@gmail.com  - [Link]
Nice family photo.... Wed 5-Nov-2008 09:49
Posted by:Ismail Said ismail.said@ctrmact.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.