View complete fotopage
|
|
| Sunday, 22-Mar-2009 08:04 |
Email | Share | Bookmark |
|
Merentasi sempadan ke Shenzhen, China dan hari terakhir di HK
|
|
Ini entry terakhir sepanjang pengembaraan kami di HK. Pada hari ke tiga kami di HK tiada sebarang perancangan disebelah pagi. Kesempatan itu kami bangun agak lewat. Tp tak lewat manapun, kul 10 pagi kami dah bersiap. Kami terus packing barang siap-siap sebab hari ini kami akan meninggalkan HK untuk memasuki sempadan bagi membolehkan kami kemasuki Shenzhen, China. Oleh kerana visa kami hanya boleh di collect pukul 2 petang, jadi kami habiskan masa merayau2 di sekitar Tsim Sha Shui. Oleh kerana dah 2 hari banyak berjalan, kaki yang lengguh memerlukan kasut yang lebih selesa untuk menyambung perjalanan seterusnya di China. Kamipun merayau-rayaulah mencari kedai-kedai kasut. Kami masuk banyak kedai termasuk kedai -kedai kasut sukan seperti Adidas, Nike dll. Harganya boleh tahan, sebenarnya agak murah jugak. Yang menariknya di HK ni, fesyen-fesyen terkini kasut ke, beg ke dll, dia lebih awal sampai dr Malaysia. Bila kami masuk ke kedai kasut, mmg banyak yang manarik dihati, tapi harganyalah yang kurang menarik sikit kerana kami perlu berjimat cermat untuk bershopping di China pula. Menurut sorang abang dari Malaysia (tak ingat namanya, yang kami temui di airport HK) . Dia kata , kasut kat Hk jauh lebih murah dr Malaysia. Nak murah lagi carilah di Mong Kok. Dia sendiri membeli lebih 6 pasang kasut dari pelbagai jenama termasuk Timberland, Nike dan adidas untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan di Malaysia. Boley????. Masalahnya kami dah kesuntukan masa nak merayau-rayau di Mong Kong. Selepas tidak menemui apa yang dicari, kami merayau-rayau lagi sampai kaki yang lenguh menjadi lebih lengguh....hahhha. Tapi biasalah pompuan, tak dapat kasut, kita cuba dapatkan yang lain pulak untuk puaskan hati. Terjumpakan kedai Esprit, teruslah masuk dan dapatlah saya sehelai baju. Kemudiannya menjumpai beberapa kedai baju yang menarik hati dan sesuai pulak dengan harganya belilah juga satu lagi. Kami berjalan sehingga pukul 2 petang dan terus ke travel agent untuk mengambil Visa dan kembali semula ke bilik untuk mengambil beg-beg yang telah siap di packing. Kami sebenarnya dah bayar di hostel tersebut utk 3 malam, tapi tak apalah , tak rugi sgtpun sbb bilik tu tak berapa mahal. Kami seterusnya berjalan kaki menuju ke stesen MTR Tsim Sha Shui timur, kerana dari sana sahaja boleh mendapatkan train untuk ke hentian terakhir di sempadan iaitu di Lo Wo. Kami dapat train pukul 4 petang dan setelah melalui perjalanan yang agak jauh, (sib baik keretapi tu agak laju), lebih kurang 40 minit kami sampai di Stesen Lo wo. Setelah melalui imigresen HK dan China akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki ke Shenzhen, satu permandangan yang berbeza dari HK. Kami terus mencari MTR di Lo wo. Mmg masalah banyak kat sini kerana rasa-rasanya 90 peratus penduduk China tak faham bahasa Inggeris. Mereka hanya yang tahu yang asas sahaja, Yes, No , dan simple words. Bila tanya lebih-lebih mereka geleng-gelengkan kepala. Hanya berpandukan sekeping flyers untuk pergi ke Youth Hostelling International, tempat kami akan tinggal di Shenzhen( Insyaallah jika ada bilik kosong sebab kami tak booked, kalau tak de bilik kosong tido tepi jalanlah nampaknya). Nasib baik Mot agak mahir bab baca map dan dgn muka dia yang penuh condifennya ....heheheh, kami teruskan perjalanan. Kami perlu berhenti dii Stesen Qiaochengdong untuk ke Youth Hostel di shenzhen. Kira-kira 20 minit dalam MTR barulah kami sampai di stesen tersebut kalau tak silap tambangnya RMB5. Keluar dari stesen tu, kami terpaksa berjalan kaki pula kira-kira sejauh 15 minit. Cuba bayangkan kami dalam keadaan penat, dengan masing-masing membawa bagpack dan Mot pula membawa dua beg ditangan. Betapa gagahnya Mot disaat-saat genting tersebut. Love U Lah Sayang..... . Sampai di Hostel, kami terus Check in dulu, alhamdulillah ada bilik. Kami ambik bilik yang ada bilik air , harganya RMB 160 atau kira-kira RM80 duit kita. Harga itu adalah harga ahli Youth Hostelling international seperti kami. Kalau harga bukan ahli mahal sikit je. Kami mmg puas hati dengan layanan di sini, selain bilik yang bersih , kami juga dibenarkan masak di dapur. Jadi tak de malaslah nak makan jika menginap di hostel ini. Selepas check ini dan tinggalkan beg di bilik, kami tanpa berlenggah lagi meneruskan misi untuk melihat sendiri bagaimana keadaan sebenarnya di Shenzhen. Berpandukan map yang ada kami terus mengambil MTR untuk ke Dongmen, sebab khabarnya ianya menjadi tumpuan ramai kerana banyak kedai dan pusat membeli belah yang menjula pelbagai barag b dengan harga yang sangat murah. Dengar aje murah..kami apa lagi terus berkobar-kobar ke sana, walaupun kaki lenguh yang amat. Sebaik keluar dari MTR ia terus menghubungkan kami ke kedai-kedai yang memjual pelbagai kasut, baju, beg hingga kami mata naik juling. Oleh kerana kami tidak tahu langsung kawasan di sini jadi kami seperti biasa main redah je...., kami keluar dari bangunan tersebut untuk ke bangunan lain yang kebanyakannya mmg akan membuatkan anda jadi tidak tentu arah kerana semua kedai tersebut menarik-menarik. Saya sendiri tak tahu kedai mana yang harus di tuju. Kalau kedai eksesori.. satu floor eksesori, kalau baju ...sume baju je.., kalau beg sume beg je.. , begitu juga kasut. Itu bagu satu bangunan, dan di sana ada banyak sangat bangunan kedai yang hampir sama. Memang tak terjelajah dalam masa yang singkat itu. Waktu berjalan-jalan tersebut kami tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kerana bimbang msa yang tidak cukup kerana MTR terakhir adalah pukul 11 malam. Ramainya manusia di China, tak usah cakaplah... dan anda juga dinasihatkan lebih berhati-hati di Dongmen sbb ianya mmg menjadi tumpuan dan banyak kes copek berlaku di sini. Akhirnya saya mendapat sepasang kasut dan turut membeli beberapa beg. Pukul 10 malam, kami terpaksa beredar dan pulang ke bilik, lagipun perut kami memg perlu sgt2 diisi. Kami bercadang memasak di hostel dan yang untungnya di sebelah hostel tersebut ada supermarket, jadi kami terus membeli bahan-bahan untuk dimasak. Jadi malam itu dapatlah kami makan dengan keadaan yang terlalu nikmat walaupun simple je. Kami beradu dengan nyenyaknya dan pukul 9 pagi kami sempat merayau-rayau disekitar kawasan berhampiran hostel dan pukul 10 pagi kami check out untuk meneruskan operasi merayau-rayau di Shenzhen kerana paling lewat pukul 3 petang kami harus meninggalkan Shenzhen untuk kembali ke Hong Kong , kerana penerbangan pulang kami ke Malaysia ialah pukul 8.30 malamnya. Lokasi kami yang pertama ialah di Lowo Commersial City. Di sini mmg kawasan pelancong. Bangunan 5 tingkat ini menjual pelbagai barang-barang yang pastinya tidak mampu dilepaskan. Tapi harganya mmg agak mahal di sini berbangding di Dongmen malam tadi. Kami sempat membeli dua buah beg dan beberapa helai tudung. Kemudian setelah tidak puas hati bershopping di sana kerana harganya agak mahal, kami pergi semula ke Dongmen untuk mencari beberapa barang yang masih belum cukup. Pukul 2 petang kami menamatkan perjalanan di Shenzhen untuk kembali ke HK. Kami dapat naik train pukul 3 petang dan sampai di HK kira-kira pukul 4. Kami turun di Tsim Sha Shui untuk makan nasik di gerai turki yang mmg best.., kemudian kami ke Mong kok iaitu ke Ladies Market semula untuk membeli T-shirt HK sebagai kenangan. Selepas itu kami naik MTR untuk ke Airport pulang ke Malaysia dan penerbangan kami tepat waktunya pukul 8.30 malam dan akhirnya sampai ke LCCT pukul 12.15 malam.. Alhamdulillah.. begitulah coretan perjalanan kami.
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|