Mot's FotoPage - [IMG]http://i15.photobucket.com/albums/a364/motstudio/DSC00221-copy.jpg[/IMG] - Fotopages.com
Happy Birthday Babah...
Wawa dan Iwan sampai dalam kul 8.45, then kul 9 malam kami dah mula ngap....., Aina dan Yaya macam biasa tak sabar sesgt nak blow candle. Dari petang lagi bila bg tahu nak buat b'day party utk babah, diaorang asyiklah nyanyi "happy birthday babah" jadi seronoklah pulak. Mama doakan semoga babah terus dipanjangkan umur,, diberikan rezeki banhyak2 untuk kita sekeluarga dan orang2 sekeliling agar dapat merasa sama, diberikan kesihatan yang baik. Harap babah happy dengan majlis yg tak seberapa dengannya itu
Janji Rock!!!
JALAN2 KE ALAMANDA ,PUTRAJAYA
Semalam, (Ahad), anak buah mama, (kak long) yang keja kat Perak datang ambik mereka dan bawa balik ke kampung, habiskan cuti sekolah yang berbaki seminggu lagi. Mamapun sebenarnya malas nak kasik mereka balik kg, tp seminggu kat rumah  diaorang tak ke mana-mana,  sian pulak tengok. Mama balik kerja dah malam, babah pulak BZ yang amat sekarang  dan  terikat ngan dateline hingga minggu hadapan. Jadi daripada diorang asyik gaduh je kat rumah, baiklah diaorg balik kampung dan bersuka ria dengan sepupu-sepupu kat kampung.
Jadi tinggalllah mama dan babah di sini dengan  penuh kerinduan. Babahpun tak sihat jugak, malam tadi babah kata  demamnya datang semula. Mama tak sedar apa dah, lepas makan ubat selsema dan demam terus pengsan, sedar2 pagi tadi tgk jam dah kul 9 pagi, kepala masih lagi sakit dan sejuk2 badan (tp boleh lg upload gamba  LOL ) . Rindu sgt dengan dua beradik tuh. Gambar ni, kami ambil  Hari Sabtu. Lepas mama bermain icing, belah petangnya perut kelaparan, jadi kami pun memulakan misi jalan-jalan cari makan. Oleh kerana mama dah lama nak mencari makan kat Bandar Baru Bangi, jadi hala tuju kami ke sana dulu. Tempat pertama yang kami singgah ialah di Bangi kopitiam. Kami makan  nasi ayam kat sana. Oklah ..tp kalau dr segi bintang mama boleh bagi 3 bintang je (dr 5 bintang).  Tak rasa puas sangat makan kat sana,  jadi  mama plan nak cari makan lain pulak, tp babah  kata  dia dah kekenyangan. Jadi kami terus ke Alamanda , Putrajaya. Tiada misi yang ingin di cari di sana, hanya jalan meronda bawak dua beradik tuh. Kami sempatlah menghabiskan duit kat kedai buku ngan beli dua tiga barang lain. Pas tu kami   balik rumah tengok cerekarama dan tido hingga tak sedar diri... :P  :P  :P
Aksi-aksi Dewi-dewi
Mingggu lepas, kami berdua gi Morib,  kendalikan satu lagi kursus cacing bersama Pak Man yang kuar dalam Malaysia  Hari Ini kat TV3 bersama member kita orang Ayu dan Shila, Kami buat kat Hotel Impian Morib. Kalau yang lama dah tak gi ke Morib tu dan tetiba nak gi sana, boleh tinggal kat hotel ni. Bilik mmg selesa dan cantikkkkk sgt, kolam mandi untuk org dewasa dan anak-anakpun besar sesangat. Kira puas hati kalau berhujung mingggu kat sini. Tp yang tak syioknyaaa...pantai kat sini tak leh nak mandi, dengan pantai yang dah ditambak dengan batu, kotor dan berbahaya. Maklumlah laut kat sana bukannya Laut China Selatan, hanya Selat Melaka je.., jadi  lebih kurang sama jelah macam Port Dickson cuma darjah kekotorannya tinggilah sikit....  LOL  LOL  LOL .  Tp sesekali nak cari tempat rehat yang dekat dengan KL , yang ada laut..rasanya kat sinilah sesuai selain Bagan lalang.
Berbalik pada cite dua budak gediks ini..., kami tinggalkan mereka last weekend sbbnya Aina tak berapa nak sihat, maklumlah sekarang nikan cuaca tak berapa nak sihat, nampak macam panas, tp mendung..rupanya jerebu... ;-) . Bila  badan tak sihat tu, mereka berdua taklah melalak nak ikut, mama kata mama gi work. Babahpun  work jugak...., lagipun diaorg berdua dah pernah ikut kami masa handle kursus pertama  bulan lepas.  Bulan depan Insyaallah , kalau ada kursus lagi kami , mama bawak ye...,  :-D
Perkembangan mereka sekarang ni, tak banya bezanya... kakak makin lancar cakapnya. Bila cakap  Inggeris, macam  cakap  cina, mungkin ramai kawan cina kat sekolah.
contoh ayat: "this is book ye".. hujung mesti ada  yee.., kadang-kadang cakap BM pun macam tu jugak ada slanga cina. Aina masih macam dulu...minah sentimental ..tak leh kena marah sikit, merajuk dan menangis, selalunya dia akan pilih di sudut tepi sebelah pokok bunga di balcony rumah .  Pot tu mmg baik untuk luahkan perasaan, mamapun kalau tension akan lepak kat sini. LOL
Yaya pulak, tak yah cakaplah... tgk dalam gambar dan aksinya pasti dah tahu, macamana orang nya.
Sekarang ni dia makin nak manja dan tidopun nak bersama kami setiap malam. Tak tahulah kenapa..
Semalam mama buat  biskut tart nenas , dan habis buat kul 1 lebih, dia sanggup tak tido sbbnya nak tunggu mama dan tido ngan mama... poning mama  :P  :P .
BILA KERING IDEA
Lama dah tak cite perkembangan Aina dan Yaya, asyik2 gambar mama dan babah je, tupun sebenarnya banyak lg gambar kami gi Cambodia tu hari yang tak up load, kang bosan pulak org tengokkan??? ;-)  ;-)  ;-) .  Bila tunjukkan diorg gambar kami gi naik train tu  hari tu, Aina mesti cakap.... ooooooo mama babah naik train ye...., tinggal kakak. Sian pulak dengarnya, jd maknanya kenalah kami bawak mereka naik train pulak lepas ni.. :-D  :-D .
Aina sekolah seperti biasa. Bangun pagi kul 7.15. Kalau dia bangun, Yaya mesti bangkit jugak dan terus ke pintu bilik kami menjerit2 minta bukak pintu ;-)  ;-) .
Selalunya  (tengok mood jugak) Aina akan mandi sendiri sebab dia dah boleh berdikari, pandai  gosok gigi, bubuh sabun dan syampoo kat rambut, boleh dipercaya  juga tahap kebersihannya ketika mandi.
Cuma bila mood tak elok, akan mintak babahnya mandikan, tp yg syiokkkknya tak pernah mintak mama mandikan. Agaknya  takut kot..., mamakan garang LOL  LOL  LOL .
Lepas mandi maid kami Acik Nor akan sikat rambut dan tocangkan, pas tu akan minum susu dan makan vitamin sebelum dihantar ke sekolah oleh babahnya kul 8.20 pagi sbb sekolah start kul 8.30 pagi.
Aina, walaupun kakak, tetapi selalu jadi mangsa buli Yaya yang teramatlah brutalnya. Rumah kami paling terkenal dengan suara anak menangis.... (pas ni dengar suara mamanya pulak menangis..tention ngan perangai anak :->  :-> ). Kadang2 tu malu sungguh ngan jiran2, tapi kami cuba buat muka  seposen je. :P
Yaya punya perangai pulak, suka rampas barang kakak, sume barang kakak dia nak, even air kosongpun nak jugak.... punyalah teruk tahap dengki dia. Bila tak dapat mulalah menangis. Yang bagusnya bila ambik barang kakak, dia tak ambik lamapun, dapat pegang kejab jadilah...sbb dia mmg suka sakat kakak dia dan bila berjaya membuat kakaknya menangis.....itulah kepuasannya, nakalkan???.
Sekarang ni Yaya  waktu siang dah tak pakai pampers lg, dia dah pandai cakap nak kencing dan berak dalam toilet... cuma kekadang bila tak tahan sesangat,  terkucillah jugak. Tang tak pakai pampers ni mmg menjadi kebanggaan babahnya  sebab kurang sikit kuar duit beli pamperskan... :P  :P  :P
Sekarang ni, Yaya pandailah pulak membahaskan dirinya sebagai "Kakak' , bila kami cakap dia Baby, terus dia cakap, "Tak..., yaya Kakak" sume ni kes dengkilah ni, panggil namapun nak sama jugak macam kakak dia :-D  :-D . Last-last kami cakap ;"oklah Yaya kakak, tp yaya Kakak kecik....".
PERGI MENCARI KEREDHAAN
Angkor Wat Mini Tour
Chapter 3 - Siem Reap, Bandar lama yang santai
Setelah merehatkan diri, kami telah mendapat kembali tenaga untuk meneroka Siem Reap pada hari ini. Kami hanya bergerak menaiki basikal yang disediakan oleh guest house. Oleh kerana sejak semalam tak makan, jadi misi kami pada pagi itu ialah mencari makanan muslim. Berpandukan papan tanda " restoran muslim Family" yang kami nampak di tepi jalan, kami cuba menjejaki restoran tersebut dan akhirnya tanpa bertanya kepada orang lain, kami menemui restoran tersebut yang terletak betul2 di perkampungan Muslim di Siem Reap. Ketika kami sampai, kami terus bertanya " Muslim Food?"  dan adalah dua orang wanita dan tiga lelaki sedang makan di kedai tu dan mereka menganggukkan kepala. Ketika kami order makanan  yang sukar untuk diterangkan kepada mereka kerana  pemilik restoran tu tak faham BI. Nasib baik lah kebetulan salah seorang pelanggan lelaki di kedai tu  tetiba cakap bahasa melayu. Rupa-rupanya dia perasan kami cakap bahasa Melayu .  Lelaki tu pernah tinggal kat Malaysia dan abangnya juga pernah tinggal di Pahang. Dialah yang menjadi translator tak bertauliah kami untuk order makanan kat kedai tuh. Kami   apa lagi terus order nasi.... harga nasi dan air tea ais tanpa gula yg memang jd minuman rasmi di Cambodia sumenya USD3 atau RM9.., kira harganya boleh tahanlah....
Bila perut dah kenyang, hati senang nak teruskan perjalanan. Kami terus mengayuh basikal ke Old Market yang kebetulan baru nak memulakan operasi. Macam2 barang ada.. baju, selendang, beg dan segala2 yang membuatkan hati jadi keruan. Kalau ikutkan hati mau aje kami memborong banyak-banyak tetapi mengenangkan kami kena limitkan  barang sebab perjalanan masih jauh lagi,jadi niat itu terpaksa kami lupakan.Tp beli jugaklah beberapa beg utk dibawa pulang.Habis teroka Old Market, kami teruskan perjalanan merayau2 sekitar bandar Siem Reap. Kami gi pulak ke satu lagi market yang tak kurang popularnya kat sini iaitu Yu Market. Barang kat sini lebih kurang sama je ngan Old Market, tp harganya lebih murah sikit dr Old Marker, mungkin kedudukannya agak jauh sikit dari bandar,lagipun kat sini tak ramai sangat pelancong datang.Mungkin ada yang tak tahu. Pas tu kami kayuh lagi ronda2 sampai kul 2 petang. Hari panas terik , badanpun dan melekit, jadi kami singgah kat sebuah kedai India yang bertulis halal.ami order roti Naan dan air limau. Naan dia tak syok.... :-S  :-S . Kuahnya lansung tak best.
Perut dah kenyang kami kayuh basikal balik bilik, masa lalu kat Old market tu kami nampak satu restoran mulim kat tepi jalan, so target kami malam ni, nak makan kat sana.
Lepas rehatkan badan, mandi-mandi, kami kuar  mencarik makan malam.Bestnya kat guest house kami ni, azan sentiasa kedengaran dr perkampungan muslim yang terletak di belakang guest house kami. Kami gi terus ke restoran muslim yang kami nampak petang tadi. Mmg nasib kami  baik dan Allah mudahkan kami, sebabnya owner kedai tu pandai cakap Bahasa Malayu sebab dia pernah keja kilang kat melaka selama 5 tahun. Dah lah tu, minah tu yang membahasakan dirinya Sally sangatlah ramah dan pandai sungguh melayan pelanggan. Cun pulak tuuuuu....
Chapter 2 - Merentas Sempadan
Kami bangun seawal pukul 4.30 pagi, kerana takut tertinggal keretapi lagi  :-D  :-D . Hari ini kami akan menaiki keretapi pukul 5.50 pagi dari Bangkok ke stesen Aranyaprathet bagi membolehkan kami memasuki sempadan Cambodia. Perjalanan kami hari ini akan mengambil masa 6 jam.  Setelah siap berkemas kami terus check out kira-kira pukul 5.15 pagi dan terus ke stesen keretapi. Kami terus membeli tiket di kaunter. Harga tiket ialah B48 (RM4.80). Keretapi yang kami naik nanti adalah keretapi kelas 3. Hanya keretapi tu je yg ada dan train menuju ke Aranyaprathet hanya dua kali dari bangkok satu pukul 5.50 pagi dan satu lagi pukul 1.30 petang.  Sambil menunggu keretapi, kami sempat mengalas perut dengan secawan coffee dan roti. Kat stesen keretapi di sini sentiasa ramai manusia, awal pagi beginipun telah ramai yang menunggu , malah ramai di kalangan mereka yang tido di stesen keretapi :->  :-> .
Ramai pelancong-pelancong '"back packers" yang berada di stesen keretapi, dalam hati harap-harap ada di kalangan mereka yang sama seperti kami  menuju ke sempadan Cambodia.
Keretapi bergerak tepat pukul 5.50 pagi. Kami tengok ramai sungguh yang naik keretapi ni, bukan sahaja orang Thai tetapi jugak pelancong asing.  Kami duduk di gerabak yang agak hujung.
Dalam keretapi ni jangan haraplah ada air corn, cuma ada kipas dan tingkap pulak boleh dibuka. Nasib baiklah kami gerak waktu  pagi, jadi taklah panas, kalau naik train kul 1.30 pagi mesti bermandi peluh. Dalam keretapi ni macam2 ragam manusia,  yang cukup mencuit hati,  jiran yang duduk depan kami ni, landing tak hengat..dari start naik train sampai lah ke Aranyaprathet...,  LOL
Kami sempat berkenalan dengan seorang minah  dr England , nama dia Safron. Dia ni dulu keja Bank, tp berhenti keja sebab nak travel. Dia dah sampai ke China, Hong Kong, kemudian ke Bangkok. Selepas Cambodia dia nak gi Malaysia pulak...., dengar cite dia macam syok je..
Sebenarnya ramai lagi pelancong asing terutama dari Eropah yang buat cam tu, berhenti keja dan  travel berbulan-bulan, dah bosan baru balik ke negara semula utk carik keja. Minah Safron ni mmg blues, jalan sorang-sorang je... cayalah... :P  :P  :P .
Sepanjang perjalanan kami melalui kawasan- kawasan perkampungan dan pendalaman di Thailand, kira pemandangannya lebih kurang macam Malaysia jugak, cuma rasanya perkampungan kita lebih cantik dan tersusun.... Malaysia tetap di hatilah... :horay:  :horay:  :horay:
Setelah melalui perjalanan yang panjang, akhirnya kami sampai di stesen terakhir di Aranyaprathet kira-kira pukul 12.30 tengahari. Mak aiiiiiii....panasnye hari waktu tu, sampai je kat hentian tu, tengok2 dah ramai tut-tut menunggu. Kami dan Safron menuju ke tut-tut yang sama untuk ke sempadan dengan harga B80 untk tiga orang. Semasa dalam perjalanan tu, pemandu tut-tut tu kata , kami kena buat visa dulu sebelum masuk ke sempadan. Oleh kerana kami ni orang Malaysia, jadi visa tidak diperlukan untuk memasuki mana-mana negara Asean. Si minah Safron ni kenalah buat. Jadi dia hantar kami semua ke sebuah kedai makan untuk urusan visa. Di SINILAH BERMULANYA PENIPUAN TERANCANG DIORANG NIH......
Kami tak sedar kami di tipu,  kerana semuanya berjalan lancar seperti tiada apa-apa yang berlaku...LICIK sungguh mereka ni....
Semasa nak menuggu Safron siapkan visanya, seorang lelaki starff kedai tu kata, pihaknya menyediakan kenderaan untuk memasuki Siem Reap yang akan mengambil masa katanya selama enam jam dari pintu masuk Cambodia di Poipet. Mamat Thai tu kemudiannya menceritakan kepada kami keadaan di sempadan nanti yang merbahya utk pelancong. Dia memberi gambaran yang cukup negetif dan sentiasa mengingatkan kami sentiasa berhati-hati (Macam ikhlas je nasihat dia tu), lepas tu dia kata, nak masuk ke Siem Reap juga bahaya sebab banyak syarikat teksi yang menipu, jadi dia cadangkan naik kenderaan yang disediakan oleh syarikatnya dengan membayar USD20 atau RM60 seorang. Bila dah cerita macam tu mesti kami rasa takut, bukan dengan kami dan Safron je dia cite, tetapi ngan beberapa pelancong asing lain. Jadi akhirnya untuk langkah-langkah keselamatan kami setuju naik kenderaan mereka. Mula-mula kami di bawa menaiki jip ke sempadanan  Thai-Cambodia yang letakknya mungkin dalam 2KM dari kedai tu.  Bila nak masuk ke Imigresen tu mmg adalah budak2 pengemis yang miskin kat sini minta sedekah, tp keadaannya taklah seteruk yang kami bayangkan. Lepas cop keluar dari Thai, kami dibawa berjalan kaki  dalam keadaan panas terik tu untuk pergi pulak ke kaunter Imigresen Cambodia di Poipet. Kat sini kira happeing jugak, dalam muka bumi yang panas berdebu dan kering di kawasan tu, terdapatlah pulak pusat kasino yang besar kat sini untuk org gila judi.... he.he..,
Masa kat Imigresen ni, ambil masa agak lama sikit sebab terlalu ramai pelancong nak masuk ke Siem Reap, tambahan kaunter yang disediakan hanya 3 je,  dahlah tempatnya sempit dalam keadaan bersesak-sesak tu, kami ambil masa lebih kurang 45 minit untk settle sume. Lepas tu kami  bersama pelancong2 lain dibawa pulak naik bas yang disediakan untuk ke tempat pengangkutan awam. Masa turun dari bas tu, mamat yang menakutkan kami mula-mula tadi, memainkan peranannya semula dengan berkata,  lebih baik tukar duit di sini dengan mata wang Cambosdia (riel) sbb kat Siem Reap nanti tak de money changes. Maka sume dalam bas ( lebih kurang  dalam 20 orang) yang kebimbangan terus lah ke kedai money changers tu untuk tukar duit. Dia kata mata wang yang boleh digunakan di  Cambodia ialah riel atau USD, Kalau guna USD kami kena bayar lebih, jadi dia nasihatkan kami guna riel. Nasib baiklah kami ni cerdik sikit, maka kami tukarlah sedikit duit matawang USD yang dibawa dari KL tuh. Lepas dah tukar duit tuh, mamat tu suruh  kami naik sebuah bas yang katanya akan membawa kami ke Siem Reap. Laaaaaa...naik bas je rupanya ..kami ingatkan kami akan dibawa dengan baik teksi. Sebab bayaran USD20 tu kira banyak. Cuba bayangkan sume dalam bas seramai 30 orang tu bayar dengan bayaran yang sama...tak kayo dibuek eh....... Kami dah frust masa tuh, nak mintak balik duit tak boleh, jadi nak tak nak, kena naik jugak lah bas buruk yang keras tempat duduk tuh. Selain pemandu ada seorang guide yang menerangkan kepada kami tentang perjalanan yang bakal dilalui nanti. Katanya perjalanan dengan bas akan mengambil masa 6 jam sebab seadaan jalan yang tidak elok. Masa tu dah terbayang , maknanya malamlah  kami akan sampai ke Siem Reap. Mamat Khamer ni cakap  kalau naik teksi akan mengambil masa 4 jam je, dan bas tak boleh bawak laju sebab takut tayar pancit dan sebagainya. Masa kami bertolak dari Poipet tu waktu dah pukul 3.15 petang dan kami dijangka sampai dalam kul 9 malam ( itupun kalau tak de apa-apa berlaku dalam perjalanan).
Sepanjang perjalanan kami hanya melihat pemandanagan di sekitar perkampungan di Cambodia. alahai sian sangat tengok rumah diorang, ada yang  terlalu daif. Dahlah daif, pastu  penuh dengan debu jalan  yang tak bertar. Tanah kering dan tak de pokok2 macam kat sini.
Lebih kurang tiga jam perjalanan bas ni berhentilah pulak kat sebuah restoran untuk makan malan, sebab katanya nanti akan sampai ke Siem Reap malam takut lapar. (Alahai baiknya lah pulak, tp sebanarnya driver tu yg nak mencekik...geram tul). Dahlah restoran tu bukan jual makanan hahal, sume kebanyakannya ada campuran (B***)..., kami ni tak beranilah nak makan, melainkan order air je, Tp pelancong2 lain yang tak muslim tu...bialahkan,  telan je...
Lepas tu , baspun teruskan perjalanan dan haripun dah gelap masa tu. Guide tupun mulalah cakap , mereka ada menyediakan guest house untuk menginap dan bas itu akan terus bawa kami ni sume ke guest house tersebut. Masa tu kami dah terkejut beruk..... , mana boleh jadi macam nih??? kami dah booked guest house lain. Rupa-rupanya nilah taktik mereka, sengaja bawak bas lambat2  biar sampai malam kat Siem Reap dan bila dah malam, badan sume dah letih, jadi penumpang tak de pilihan lain , nak tak nak kena duduk juga kat guest house mereka. Lagipun dah malam, cam ne nak carik guest house kan????. Pandai sungguh mereka nih. Tp kami ttp tak puas hati, dan terus cakap dengan guide tu yg kami dah bayar deposit guest house yang nak kami tinggal tuh. Muka Guide tu terus berubah dan macam tak nak layan kami je.... :P  :P  :P
Haha..padan muka dia akan hilang 2 orang guest. Sesuka hati mak dorang jek...walaupun kami dah plan baekk punya sebelum pergi dan dah tau taktik2 dorang ni melaui internet...dah takdir..tipah tertipu jugak...sebab sebelum sempadan lagi dorang dah buat keje. Kalau dulu dorang buat keje ni kat sempadan...so la ni makin advance dah..siap tunggu kat tren dah...jadi kalo sapa2 nak pegi, jangan la amek apa2 offer dari sapa2..terus je naik tuk-tuk ke sempadan..lagi senang.
Sambil tu kitorang dah ber'sms' dengan pemilik guesthouse yang kami nak tinggal tu. Memang helpful betul dorang. Sejak dari email kat Malaysia lagi banyak info yang kami dapat dari dorang. Dan dorang janji akan pick up kami sesampai je kami kat Siem Reap. Pick up 'free' je...
Apa yang kitorang paling tak sangka...setelah melalui semua tadi dengan jalan yang teruk, kediaman kampung yang daif...sampai je kat Bandar Siem Reap, kami di hidangkan dengan hotel-hotel 4-5 bintang bila masuk je ke dalam bandar. Malamnya sungguh 'Happening' dengan pub, club, hotel2 dan tempat spa dan urut...tak ketinggalan gerai buah dan makanan hampir di sepanjang jalan. lain sangat dengan apa yang di momokkan oleh dorang tadi...dasat gile..tak nampak cam tempat penyangak ponn...:) buat kitorang tak sabar nak pegi ke guesthouse kitorang tu...
Sampai je kat sana kitorang pun cuba nak hubungi orang guesthouse kami tu. Nak jadi cerita...prepaid plak dah nak habis & bateri pon dah nyawa2 ikan je...pergh macam drama Samarinda habis.... :-D  :-D ..aleh2 tetiba 2 orang mamat ni tanya..u want to go to garden lodge? Kitorang pun tengah konpius sebab yg kitorang nak pegi tu Potted Palm Garden....kitorang pun tanya..Lida? (nama tokey guesthouse tu)..."yes..yes..."...fuhh..lega gile rasanya..ropenya dia ada 2..satu Palm Garden Lodge..dan satu lagi Potted Palm Garden tu dorang dah convert jadi spa...terus je kami naik tuk-tuk yang dorang bawak meninggalkan terus puak2 tadi..lantak la..hehe
KISAH TERTINGGAL KERETAPI....
11/3/ 2008 ( Hari Pertama)   Pukul 7 pagi lagi kami dah keluar rumah menuju Puduraya untuk ambil bas ke Butterworth  (tiket pukul 9.30 pagi dan dijangka sampai ke Butterworth kul 1.30 petang) .Dari Butterworth nanti kami akan naik keretapi ke Bangkok. Sampai di Puduraya, kami b'fast kenyang-kenyang sebab takut tengahari tak sempat nak makan. pukul 9 pagi kami menunggu bas "Durian Burung" yang bakal mambawa kami, tapi masalahnya sampai puul 10 pagi tak muncul-muncul. Kami dah resah, sebab takut tak sempat nak sampai sebelum pukul 2. petang kat Butterworth sebabnya keretapi akan bergerak kul 2.20 petang.
Pukul 10.05 minit baru bas sampai, dan bergerak meninggalkan Puduraya kul 10.15.  Sepanjang  perjalanan kami dok plan macamana  kalau kami terlepas keretapi dan langkah yang perlu diambil sebabnya kalau boleh kami tak mau kacau plan asal dan kami kena bertolak ke Bangkok hari ini jugak.
Kami call abang Ipar  (Abang Zahar) yang memang kerja dengan Keretapi Tanah Melayu dan dia mencadangkan jika kami tak sempat naik kat Butterworth , kami naik teksi ke Alor Setar  atau Padang Besar sebab keretapi tu akan turut berhenti di sana.
Jadi dalam  bimbang2 tu, kami lega sikit sebab dah ada plan yg boleh diikut. Sepanjang perjalanan pulak bas tu gerak slow nak mampus..., (tak tahulah kalau itu hanya perasaan kami je), tp rasanya mmg slow dan siap berhenti  kat hentian R&R selama 30 minit (tp tak ingat hentian mana). Kami dah pasrah, waktu gerak dari hentian R&R tu  dah pukul 1.15, maknanya kalau sampai ke Butterworth pun paling awal mungkin dlam kul 2.45 atau selewat-lewatnya kul 3 petang.  Jangkaan kami tepat, akhirnya kami sampai pukul 2.45 petang. Kami tengok tak de lansung keretapi , jadi kami terus ke tempat  pemandu teksi melepak,  tanya nak ke Alor Setar, diaorang cakap boleh hantar tp kena bayar RM100...., mak aiiii...mahalnya. Kami tak jadi ambil dan terus ke stesen Keretapi dan tanya dengan staff KTM tu, dia kata keretapi ke Bangkok bergerak kul 2.30 petang tadi dan kalau nak selamat baik naik teksi ke Hat yai, sebab dari Butterworth ke Hat yai  hanya mengambil masa 3 jam dan keretapi akan sampai sana dalam kul 6.30 petang ke sana.
Kami rasa tak de pilihan  lain sebab dah kesuntukan masa, takut nak naik  dari Alor Setar dan Padang Besar, tak sempat, Jadi staff KTM tu panggil teksi yang mmg biasa bawak penumpang yang tertinggal keretapi ke Hat yai dengan bayaran RM180......, dalam tak rela tu..terpaksa jugak ambil sebab kami kena naik keretapi ke Bangkok.
Kami gerak dari Butterworth dalam kul 3.15 petang,  nasib baik pemandu teksi tu mmg dah biasa ke hat yai, jadi dia tahu nak guide kami ke sana dan yg penting di Sempadan nak masuk Thailand nanti.
Sepanjang perjalanan kami hanya menikmati pemandangan dan tidor...ZZZZZZzzzzzzzz... letih sangat badan terkejar-kejar tp seronok melalui pengalaman yang berharga ini.
Setelah melepasi Pulau Pinang dan masuk ke Kedah, kami sampai di sempadan Malaysia -Thailand dalam kul 5.45 petang  (4.45 waktu Thai) dan kami sampai ke Danok utk cop pasport dan dari Danok ke Hat yai akan mengambil masa lebih kurang sejam lagi. Waktu ni rasa syukur sgt sekurang-kurangnya dah memasuki Thailand, jadi kami teruskan perjalanan akhirnya pemandu teksi membawa kami terus ke stesen keretapi di Hat Yai utk menunggu keretapi sampai, sempat kami rehat lebih kurang 45 minit sementara keretapi sampai yang dijangka pukul 6 petang. Keretapi ke Bangkok sampai seperti waktu yang ditetapkan...., bila kaki jejak naik dalam keretapi..  senyum kami sampai ke telinga... , perutpun rasa lapar yg amat, nasib baik kami ada bawak bekal biskut. Nak order makanan kat atas keretapi takut tak halal, maklumlah keretapi ni milik kerajaan Thailand. Pukul 7 , keretapi yang mulanya jadi tempat duduk terus di tranformkan kepada katil, maka tidurlah kami malam tu atas keretapi dengan nyenyaknya.
12/3/2008 (Hari Kedua) Memasuki Bangkok.
Kami bangun kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan (Malaysia 7 pagi), terus gosok gigi dan basuh muka, kami sempat b'fast pagi tu dengan buat air nescafe 3 in 1 yang dibawa dan makan biskut serta maggi cup, cukup nikmat rasanya .... LOL   LOL  LOL
Perjalanan selama 20 jam tak lah membosankan, kerana ramai yang macam kami, terutama mat salleh, ada yang dari England, Canada dll lagi, sempat juga kami berkenalan di dalam keretapi.
Kami turut berkenalan degan seorang lelaki dari Gombak namanya Sham, dia dah setahun belajar di Universiti di Bangkok. Dialah yang banyak memberi kami beberapa info terutama beberapa tempat yang boleh dilawatai sepanjang berada di Bangkok nanti. Katanya kami rugi tak datang hujung minggu sebab ada pasar besar di Chatuchak yang jual macam2 jenis barang yg murah2... :P  :P  :P
Kami sampai di stesen keretapi Bangkok  di  Hua Lamphong, kul 10.30 waktu tempatan, terus cari bilik untuk tidor semalaman,  oleh kerana keesokkannya kami kena bertolak naik keretapi awal untuk memasuki sempadan Cambodia, maka kami decided untuk tidor di sebuah guest house di belakang stesen keretapi tu je. Untuk satu malam, sewanya lebih kurang B500 atau RM50. Kira okleh biliknya lagipun untuk semalam je dan yg penting biliknya bersih...,
kami terus letak braang2, tanpa mandi, kami keluar untuk cari makan. agak sukar nak cari makanan halal di Bangkok ni, nasib baik kat stesen keretapi tu apa food court  dan ada satu gerai makanan halal, kamipun apa lagi terus terkam nasi dan makanlah kami dengan lahap tahap gaban :P  :P  :P .
Lepas makan kami  beli prepaid dulu untuk call budak2 di kampung dan bagi tahu kami dah sampai Bangkok. Selepas tu kami terus ke stesen Metro (MRT) Hua Lamphong kat sebelah stesen keretapi tadi. Kami beli pass untuk satu hari berharga B120 atau (RM12) yang membolehkan kami merayau2 di sekitar Bangkok dan berhenti di mana-mana stesen MRT. Lokasi pertama yang dituju ialah di Silom yang cukup happening terutama pusat-pusat hiburan. Kami merayau-rayau di sekitar ceruk jalan tanpa arah tujuan, saja nak tengok kehidupan orang di Bangkok. Waktu kami sampai di sana  dah pukul 12. tengahri, mereka yang bekerja , keluar untuk lunch, jadi mmg sibuklah  waktu tuh.... ,Kami pun sempat jugak merayau di sekitar Thanon Suriwong yang terkenal dengan pusat hiburan di sana, macam2 nama kelab ada kat sana. Waktu siang mmg nampak tak de pape, tp malam mmg hidup kawasan tuh.
Oleh kerana rasa badan dah terlalu busuk, kami akhirnya balik ke guest house kami dulu untuk mandi-mandi dan petangnya kami keluar semula untuk mencari makan-makan dan jalan2 di sekitar Bangkok.
Lokasi pilihan kami stesen Lumphini sebab ada night market yang terkenal kat kawasan tub iaitu Suan Lum Night Barzaar. Kami keluar je  dari stetsen MRT tu  kat depan sikit tengok2 ada gerai makan dan Alhamdulillah ada dua buah makanan halal kat situ, kami apa lagi terus tak lepaskan peluang alas perut. Selesai makan kami jalan-jalan kat sekitar night market yang menjual pelbagai barangan termasuk kraf, pakaian dan bermacam2 pilihan. Bila kami merayau kat sini tengok2 ramai pulak rombongan pelancong dari Malaysia yang membeli belah kat market tuh. kira tempat ni memamg besar jugaklah, puas kami merayau malam tu sampai pukul 10 malam baru kami balik bilik untuk berehat bagi meneruskan perjalanan keesokkannya....